Wednesday, August 3, 2011

Peace

To find peace in heart, sometimes you just have to let go.
There is nothing to lose.
God will replace it for better.
In this world or hereafter.


Peace.
Open the heart, I let the love go...

Wednesday, February 9, 2011

Boiling Points

Kalau kat Malaysia ni, buat rancangan Boiling Points tu...agak2 apa jadi ye?
A) pelakon yg pekena tu kena belasah
B) takde sape yang menang dapat $100 sbb tak capai 10 minit dapat tahan marah
C) pelakon tu menangis kena marah...?
D) tunjuk poor-manners Malaysians semasa marah

yang pasti, Nabi Muhammad SAW yang disayangi pernah bersabda orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan marahnya. Dan salah satu wasiat Rasulullah SAW kepada sahabat ialah jangan marah, jangan marah dan jangan marah...peringatan untuk saya yang selalu lupa.

Wednesday, February 2, 2011

Melihat Yang Indah

Manusia suka pada yang indah, apa2 yang cantik pada pandangan matanya. Itu adalah lumrah. Kadang2 gelihati bila dengar cerita 'sebab si mamat yang hensem tu jaga kaunter, sampai terpesona si minah ni tak bergerak2, taknak balik. Minta nombor telefon, nak keluar sama...punyalah'. Kadang2 sampai macam2 usaha untuk memikat si dia yang terasa indah pada pandangan matanya. Bak kata orang, dari mata turun ke hati.



Ada pula yang bersedih sebab tidak dilahirkan cantik. Orang tidak akan melihat dia dulu, tidak akan memilih dia dulu dikalangan yang lain. Oohh jangan...jangan bersedih kerana sesuatu yang dikurniakan Ilahi. Kita selalu terlupa, Tuhan Maha Adil. Dia memberikan sesuatu dengan sebabnya. Orang yang cantik wajah, juga ada buruknya. Orang yang buruk wajah, ada cantiknya...dan pesona kecantikannya apabila dilihat orang, adalah sama indahnya seperti orang yang dikurniakan wajah yang cantik. Kelebihan itu adalah indah bagi yang melihatnya dan sangat istimewa kerana kecantikan itu tersembunyi. Orang yang berwajah cantik pula, ada keburukannya pada sifat yang lain...sehinggakan bila terlihat keburukan itu, orang juga tidak akan menyukainya. Jadi apa yang penting pada rupa jika kita semua sama taranya? Hanya yang membezakan manusia ialah iman dan takwa kepada Allah.

Dan Allah yang paling indah, Maha Indah dari semua yang lain. Bayangkan jika kita boleh terpesona melihat semua yang cantik di dunia ini, Penciptanya pasti lebih indah, lebih agung. Jadi cinta kita yang mutlak sepatutnya hanya kepada Allah yang Maha Indah, Pencipta segala-galanya.

Adakah aku dapat memandangNya di akhirat nanti, Yang Maha Indah?

Adakah Yang Maha Indah itu akan memandang diriku di akhirat nanti, manusia yang hina penuh dosa, dikalangan sekian banyak manusia...di hari perhitungan?

Kembali Menulis

Sudah lama saya tidak menulis di blog ni. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang perlu ditulis tapi masa tidak mengizinkan atau bila sudah berada di depan pc jadi macam ni "............................."
Sekarang perasan tak masa sangat pantas, sangat laju? kadang2 terasa sejam seperti seminit, seminggu seperti sehari. Tetapi masa masih sama 24 jam. Hebatnya Dia yang Maha Kuasa untuk mengubah kelajuan masa mengikut ketetapanNya. Hukum fizik setinggi mana untuk dapat menggali rahsia ilmu masa ni? (garu kepala jap....) Yang pastinya jadi semacam takut, takut masa untuk kiamat kecil itu semakin cepat. Melihat ke dalam mata si kecil yang tulus dan kutanya hati 'bagaimana bila aku tiada di dunia, apakah dia akan sentiasa berada dalam jalan-Nya, di akhir zaman ini, yang penuh cubaan....berjayakah dia mengharunginya tanpa aku?' Dan aku pula bagaimana untuk alam selepas ini? Kubur yang sempit itu rumahku yang pasti tanpa perlu booking atau reserve for 1st class (memang xde pun)...cuma amalan di dunia yang akan menjadikan rumah kecil kita bagaimana : luaskah, sempit sehingga bertemu tulang rusukkah, bersama ular berbisakah, gelapkah, terangkah....? ohoho jika difikirkan ini pasti akan bersemangat untuk menjadi manusia yang positif dan optimis untuk kebaikan. Cuma dunia ini sentiasa membuat kita terlupa untuk memikirkannya, kerana itu memang indah jika mempunyai sahabat atau teman yang sentiasa mengingatkan kita = insaan = yang lupa.

Thursday, August 20, 2009

Plagiarism

Plagiarism boleh menjadi satu bentuk pengkhianatan. Ia sangat mudah berlaku kerana kebanyakan idea yamg keluar daripada mulut manusia tidak dapat terus dipatenkan. Di sinilah manusia2 yang hitam dan kotor hatinya melebihi lubang tandas akan mengambil kesempatan. Tak kiralah siapa menjadi mangsa asalkan poket kencang berwang,populariti melonjak,pengaruh meluas,mangsa dipijak tanpa rasa. Plagiarism adalah pengkhiatan juga..dari segi yang lain,seperti kawan makan kawan,tikam belakang,suami/isteri yang curang,rasuah dan pecah amanah..macam2.. Tapi,semua yang menjadi mangsa akan merasai benda yang sama,sakit hati,marah,sedih,rasa dianiaya. Tak mengapa..Tuhan memakbulkan doa2 orang yang teraniaya..

Wednesday, August 5, 2009

Selamat Datang!!!

Hai! Selamat datang ke blog saya. Blog ini adalah berkenaan apa-apa saja, dan saya harap dapat selalu update dengan internet connection yang sangat lambat :(

What the eye don't see, the mind don't know... Ini adalah favourite phrase seorang pakar perubatan yang saya kenal. Maksudnya, akal kita tidak tahu perkara yang benar atau yang betul, dan mata kita tidak dapat melihat apakah silapnya/yang tidak betulnya/yang terjadi. Jadi apa akan berlaku? Kesilapan...lebih menakutkan jika melibatkan pekerjaan yang berkaitan dengan nyawa manusia. Hmm...kadang-kadang bukan bidang pekerjaan saja yang terlibat tetapi kehidupan kita. Semoga Allah SWT memberi petunjuk dalam kehidupan kita untuk apa saja 'the eye don't see, the mind don't know'.

Ok, sampai sini dulu..peace!!!