Wednesday, February 2, 2011

Kembali Menulis

Sudah lama saya tidak menulis di blog ni. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang perlu ditulis tapi masa tidak mengizinkan atau bila sudah berada di depan pc jadi macam ni "............................."
Sekarang perasan tak masa sangat pantas, sangat laju? kadang2 terasa sejam seperti seminit, seminggu seperti sehari. Tetapi masa masih sama 24 jam. Hebatnya Dia yang Maha Kuasa untuk mengubah kelajuan masa mengikut ketetapanNya. Hukum fizik setinggi mana untuk dapat menggali rahsia ilmu masa ni? (garu kepala jap....) Yang pastinya jadi semacam takut, takut masa untuk kiamat kecil itu semakin cepat. Melihat ke dalam mata si kecil yang tulus dan kutanya hati 'bagaimana bila aku tiada di dunia, apakah dia akan sentiasa berada dalam jalan-Nya, di akhir zaman ini, yang penuh cubaan....berjayakah dia mengharunginya tanpa aku?' Dan aku pula bagaimana untuk alam selepas ini? Kubur yang sempit itu rumahku yang pasti tanpa perlu booking atau reserve for 1st class (memang xde pun)...cuma amalan di dunia yang akan menjadikan rumah kecil kita bagaimana : luaskah, sempit sehingga bertemu tulang rusukkah, bersama ular berbisakah, gelapkah, terangkah....? ohoho jika difikirkan ini pasti akan bersemangat untuk menjadi manusia yang positif dan optimis untuk kebaikan. Cuma dunia ini sentiasa membuat kita terlupa untuk memikirkannya, kerana itu memang indah jika mempunyai sahabat atau teman yang sentiasa mengingatkan kita = insaan = yang lupa.

No comments:

Post a Comment