Wednesday, February 2, 2011

Melihat Yang Indah

Manusia suka pada yang indah, apa2 yang cantik pada pandangan matanya. Itu adalah lumrah. Kadang2 gelihati bila dengar cerita 'sebab si mamat yang hensem tu jaga kaunter, sampai terpesona si minah ni tak bergerak2, taknak balik. Minta nombor telefon, nak keluar sama...punyalah'. Kadang2 sampai macam2 usaha untuk memikat si dia yang terasa indah pada pandangan matanya. Bak kata orang, dari mata turun ke hati.



Ada pula yang bersedih sebab tidak dilahirkan cantik. Orang tidak akan melihat dia dulu, tidak akan memilih dia dulu dikalangan yang lain. Oohh jangan...jangan bersedih kerana sesuatu yang dikurniakan Ilahi. Kita selalu terlupa, Tuhan Maha Adil. Dia memberikan sesuatu dengan sebabnya. Orang yang cantik wajah, juga ada buruknya. Orang yang buruk wajah, ada cantiknya...dan pesona kecantikannya apabila dilihat orang, adalah sama indahnya seperti orang yang dikurniakan wajah yang cantik. Kelebihan itu adalah indah bagi yang melihatnya dan sangat istimewa kerana kecantikan itu tersembunyi. Orang yang berwajah cantik pula, ada keburukannya pada sifat yang lain...sehinggakan bila terlihat keburukan itu, orang juga tidak akan menyukainya. Jadi apa yang penting pada rupa jika kita semua sama taranya? Hanya yang membezakan manusia ialah iman dan takwa kepada Allah.

Dan Allah yang paling indah, Maha Indah dari semua yang lain. Bayangkan jika kita boleh terpesona melihat semua yang cantik di dunia ini, Penciptanya pasti lebih indah, lebih agung. Jadi cinta kita yang mutlak sepatutnya hanya kepada Allah yang Maha Indah, Pencipta segala-galanya.

Adakah aku dapat memandangNya di akhirat nanti, Yang Maha Indah?

Adakah Yang Maha Indah itu akan memandang diriku di akhirat nanti, manusia yang hina penuh dosa, dikalangan sekian banyak manusia...di hari perhitungan?

No comments:

Post a Comment